dalam hidup, kau kena sentiasa tenang. kalau bukan untuk diri kau sekalipun-- cuba untuk orang lain.

Wednesday, August 13, 2014

Silam & Dendam.

dulu hati kuat mengomel,
'aku tak kuat, aku tak gagah'
kini hati macam dah lali.
'ah aku malas mau kisah'

tiap kisah silam terpalit dendam
bawa erti, bawa kesan.
 aku cuba hadam,
tiap bisik kata ungkapan 
hina caci maki api
aku telan.

perit yang makin berparut
beri aku isyarat

'kau kena tabah,
hadap dunia yang penuh celaka ni.
kau kena hadap,
tabahkan diri teruskan langkah.'

18 tahun dan masih malang.
siapa mau kira kalau bukan diri sendiri? 
kata nista yang jadi subjek aku jatuh,
kini jadi bahan aku pijak;
henyak sampai lumat.

jangan matikan langkah,
selagi belum usaha.
mulakan dengan satu,
kelak bertangga susun bantu kau jaya.


--publish in zine Naturalisasi by Azzuwaib Basri.

No comments:

Post a Comment