dalam hidup, kau kena sentiasa tenang. kalau bukan untuk diri kau sekalipun-- cuba untuk orang lain.

Sunday, February 8, 2015


Kau tahu apa rasa bila aku simpan semua ini, lama?
Rindu.
Kau tahu apa rasa bila aku dengan kau, sudah tiada apa apa?
Kelabu.

Kau tahu rasa bila kau, diam tak semena
Simpan dendam paling dalam lubok hati kau
Hajat pengen luahkan
Saat keterjatuhan aku paling sakit?
Perit.

Kau jadi subjek,
Aku lambangkan lelaki
Dayus.

Semua kepuraan  yang ku hadap
Waktu kau,
Dengan aku.
Semua palsu.

Berhenti dari menjulang ego kau
Berhenti dari sakiti orang di sekeliling kau
Berhenti dari beri harapan
Berhenti dari jadi lelaki serupa setan.

Aku masih bisu
Masih keliru
Apa rasa kalau kita masih ketemu.

Diam seribu bahasa?
Gugup tanpa bicara?
Kau harus akui,
Masa paling magis antara semua.

Aku sekadar meluahkan
lewat titip titip puisi aku buat kau
kerna aku masih pincang untuk
meluah kan kata bangsat kepada kau
kerana kau pernah beri bahagia
walaupun sembilan puluh persennya
palsu belaka.

No comments:

Post a Comment