dalam hidup, kau kena sentiasa tenang. kalau bukan untuk diri kau sekalipun-- cuba untuk orang lain.

Wednesday, March 25, 2015

Selamat 2503


Selamat hari lahir.
Hari kenal dunia.
Hari diberi nama.
Hari diazankan telinga.
Hari celik mata.
Hari nangis-rengek-ketawa.

Selamat hari tua.
Semoga di-rahmati-Nya.
Semoga sentiasa berbahagia.
Semoga dipenuhi rasa cinta.
Semoga ditarbiahkan jiwa.
Semoga selalu istiqamah terhadap Dia.

Selamat hari membangun.
Selamat hari bergembira.
Selamat hari cinta.
Selamat hari meningkat satu usia.

Lupakan sengketa
Ucapan ini buat kau;
Musuh-dalam-lipatan
Hanjing dan setan.


nota kaki 3/3;
aku takpunya harta nak balas jasa.
punya fikiran je nak titip puisi buat kau.
dah.
habis harini dan perang aku mula balik.
sekian, 
untuk orang Tua.

satu lagi, nah dengar lagu ni. 
tukar nama sendiri.



No comments:

Post a Comment