dalam hidup, kau kena sentiasa tenang. kalau bukan untuk diri kau sekalipun-- cuba untuk orang lain.

Sunday, July 26, 2015

Puisi Sara #1



kau akan tahu. macam mana rasa nak teruskan hidup,
kalau semua di sekeliling kau, membenci.

kau akan tahu, macam mana rasa sedihnya hidup,
bila kau rasa asing di tempat sendiri.

aku bukan mahu mengomel pasal hidup
yang bagi aku--semuanya celaka--
tapi cuma ingin menzahirkan kesedihan. 
kau akan tahu,
sikit serba sikit, 
macam mana kau rasa terasing yang amat sangat;
tiada yang datang bantu, 
atau cuma mahu tahu.

kalau dikira hari hari yang aku rasa celakanya hidup, 
tangisi sorang sorang, 
pendam diam diam.
konon diri tabah nak hadap. 
padahal, dah tinggi sangat tahap diri ni faktab.

sebenarnya diri ini masih cuba, positif.
tapi macam aku cakap tadi, 
cuba kau rasa kalau manusia disekeliling kau, 
membenci?
lama lama nilai positif tu hilang jugak.

aku selalu terkenang. 
kenapa aku mudah rasa rapuh kalau bab hidup ni. 
bukan takmahu bersyukur, 
cuma kadang tu penat nak tempuh. 
ah, orang selalu lihat aku yang tenang, ceria-- 
bukan aku yang malang, gundah gulana saja rasanya.

kalau kau baca semua puisi yang aku buat pun, 
kau takkan jumpa yang masanya aku lahirkan kegembiraan.
sebab sikit sangat waktunya aku nak nikmati,
dah sedih pula yang mari.

cukuplah dulu aku berhenti,
cerita kisah hidup yang orang tidak mahu tahu pun sebenarnya.
ah sekadar meluah,
sekurangnya ringan juga beban yang aku galas. 

No comments:

Post a Comment